Oleh : Pengerusi Penaja PKPBP
Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera kepada pesakit-pesakit yang dihormati. Pihak kami ingin mengumumkan bahawa kami pihak penaja, telah bermuafakat untuk menubuhkan satu Persatuan Kebajikan Pesakit-Pesakit Buah Pinggang Pusat Dialisis LZS (MAIS) Seksyen 3, Shah Alam.
Tujuan kami menubuhkan persatuan ini adalah untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu untuk dijadikan Tabung Kebajikan kepada semua pesakit-pesakit. Matlamat utama kami sebenarnya adalah untuk membantu pesakit-pesakit yang sangat-sangat memerlukannya.
Selain daripada itu objektif persatuan juga mensasarkan seperti berikut :
Memberi bantuan kebajikan pada pesakit-pesakit seperti rawatan hospital, membuat fistula dan sebagainya.
Memberi sumbangan khairat kematian.
Sumbangan untuk keraian seperti hari raya dan lain-lain.
Pihak kami bukan sahaja ingin membantu dari segi fizikal dan material tetapi juga mental dan saikologikal jika diperlukan, Insyaalah.
Ingin dimaklumlkan juga di sini bahawa pihak persatuan telah bersetuju untuk menggenakan dan menetapkan yuran pendaftaran sebangyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh) kepada setiap ahli sekali sahaja seumur hidup. Sesiapa yang ingin menderma lebih daripada itu, alhamdullilah pihak persatuan dengan berbesar hati akan menerimanya dan resit akan diberikan juga.
Buat masa ini, ahli-ahli adalah pesakit-pesakit di Pusat Dialisis Seksyen 3, Shah Alam sahaja. Yuran-yuran ini perlu kerana ianya akan membantu AJK-AJK berkenaan menjalankan urusan-urusan dan kerja-kerja pengurusan sebagainya dan juga membuka akaun badan ini.
Borang-borang ahli akan diedarkan kepada anda atau boleh didapati melalui AJK-AJK Penaja yang telah dilantik tidak lama lagi.
Wasallam.
Sekain Terimakasih
CEKAP BERSIH DAN IKHLAS
Yang benar
OMAR OTHMAN