Sabtu, September 26, 2009

PUSAT DIALISIS PERTAMA LZS (MAIS)-SEKSYEN 3, SHAH ALAM

Sumber /Penulis : noormala M. Sa'ad dari E-Zakat; Gambar: zool

Shah Alam
Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS berjaya menubuhkan pusat dialisis yang pertama bagi memastikan asnaf zakat yang memerlukan penjagaan rapi terutamanya pengidap penyakit buah pinggang terus terbela.

Pusat dialisis ini merupakan salah satu program pembangunan sosial agihan zakat yang telah beropersai mulai 8hb Januari 2007 menelan belanja hampir RM600 ribu menyediakan lapan buah mesin dialisis yang membolehkan tiga kali rawatan dilakukan sehari dan 48 kali rawatan dalam tempoh sebulan.

Ia disokong oleh kakitangan perubatan yang terlatih di bawah seliaan syarikat Bakti Suci, iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor dan Nefro Utama Sdn Bhd. Jumlah pesakit yang menerima rawatan mencuci buah pinggang di sini sehingga hari ini seramai 22 orang dan akan bertambah sepuluh orang lagi sehingga Mac.

Penubuhan pusat dialisis ini bukan sekadar dapat menjimatkan kos, bahkan mampu menyediakan suasana yang Islamik, kondusif serta mesra kepada para pesakit di mana ia lengkap dengan kemudahan sudut bacaan, ruangan menonton dan surau turut disediakan. Seterusnya ia mampu menjadi model kepada sebuah pengurusan pesakit secara Islam.

LZS (MAIS) juga merancang untuk menubuhkan lapan buah lagi pusat dialisis di seluruh negeri selangor termasuk tiga yang akan beroperasi dalam jangkamasa terdekat ini, iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang. Malah LZS (MAIS) mempunyai perancangan jangka panjang dengan mensasarkan setiap daerah bakal mempunyai sebuah pusat dialisis milik LZS (MAIS) sendiri.

Ahad, September 20, 2009

Kalendar Aktiviti PKPBP Up to Date

Sumber : Jawatankuasa Sebaran Am PKPBP

Berikut adalah kalendar, peristiwa dan aktiviti persatuan PKPBP untuk makluman dan pengetahuan semua :-

  • 24 Jun 2009   Mesyuarat Pertama AJK Penaja PKPBP


    • (Nota : Sehingga 5 Julai 2009 mesyuarat penaja telah diadakan sebaganyak 4 kali untuk membincangkan issu-issu semasa)


  • 5 Jul 2009      Mesyuarat ke 4 AJK Penaja PKPBP


  • 12 Jul 2009    Mesyuarat Penubuhan PKPBP di Carlton Hotel oleh Y.Bhg Dato' Haji Ahmad       Nawawi Bin Dato' Haji Mohd Zin DPMS,AMS, PJK


  • 24 Jul 2009   Bacaan Yassin dan Tahlil di Pusat Dialisis LZS Seksyen 3 Shah Alam untuk bekas mantan Bendahari Persatuan Penaja Allahyarham Mohamad Roslan Haji Aklan dan ahli PKPBP Puan Saniah bte Abdullah


  • 9 Ogos 2009  Mesyuarat Pertama AJK PKPBP


  • 28 Ogos 2009 Pemberian Kurma dan Bubur Lambok kepada setiap ahli dan bukan ahli sempena menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak oleh PKPBP. Sumbangan telah sampaikan pada syif setaip ahli dan syif 1-3-5 disampaikan oleh Saudara Nor Azlan Abu Bakar


  • 6 Sept 2009   Mesyuarat Kedua AJK PKPBP


  • 11 Sept 2009 Hamper dan Sumbangan Kewangan Hari Raya dari PKPBP kepada setiap ahli PKPBP telah disalurkan oleh wakil AJK setiap syif sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430 H.

Oleh itu kami AJK PKPBP MBSA ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Ber Hari Raya MAAF ZAHIR dna BATIN

Yang Ikhlas melaporkan