Sumber : dari Artikel Buku Cenderamata Hari Penubuhan Persatuan
Adalah dimaklumkan bahawasanya tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan membantu pesakit-pesakit yang membuat dialisis terutamanya di pusat ini iaitu Pusat Dialisis LZS (MAIS) Cawangan Shah Alam.
Sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pendaftaran Pertubuhan, kita telah pun berjaya mendapat lebih dari dua per tiga (2/3) daripada ahli-ahli yang dirawat di pusat ini untuk mendaftar menjadi ahli bagi menubuhkan sebuah persatuan yang sah.
Alhamdullilah kita telah berjaya atas sokongan ahli-ahli yang berwibawa dan peka dengan tujuan dan objektif kita.
Objektif persatuan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Memberi bantuan kebajikan pada pesakit-pesakit seperti rawatan hospital, membuat fistula dan sebagainya
- Memberi sumbangan khairat kematian
- Mencari dana dan sumbangan untuk keraian seperti Hari Raya dan sebagainya
Oleh itu kami berharap benar agar semua ahli faham dengan matlamat kami dan terus memberi sokongan yang padu pada kami untuk menjayakan penubuhan persatuan kita bersama. Insya’Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan