Catatan : AJK Biro Sebaran Am PKPBP
Surau WISMA MAIS Shah Alam
Tarikh : 11 Oktober 2009 (Ahad)
Majlis bermula jam 1.20 pm hingga 2.20 pm. Didahului dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Encik Khairudin dan diikuti oleh Pengerusi PKPBP MBSA Encik Omar. Secara ringkas majlis ini diadakan untuk mendoakan arwah-arwah pesakit ahli persatuan maupun yang masih belum ahli yang telah meninggal dunia baru-baru ini disebabkan masaalah komplekasi buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu sebagai pesakit marilah kita sama-sama menjaga kesihatan agar kita dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.
Majlis diketuai oleh Imam Mohamad Rasa bin Martijo dari Masjid Seksyen 17 Shah Alam dengan bacaan Yassin diikuti bacaan tahlil dan doa selamat untuk sekelian arwah, ahli yang hadir dan kaum muslimin dan muslimat yang lain.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9xqIaoHVV0QvPxnbZyS9Lwg-CCX96sjoF1ed7Ml6BERkTzcQOma-pukkyEw6IxmuT0d9OJYsdpavUpXOxO4QKJR_7v62PyMhbFIBXcFbWv7V_tGHLWXo-4YS6j5uZhfav5e5lOzffc6R0/s200/bacaan+tahlil+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9xqIaoHVV0QvPxnbZyS9Lwg-CCX96sjoF1ed7Ml6BERkTzcQOma-pukkyEw6IxmuT0d9OJYsdpavUpXOxO4QKJR_7v62PyMhbFIBXcFbWv7V_tGHLWXo-4YS6j5uZhfav5e5lOzffc6R0/s200/bacaan+tahlil+3.jpg)
Acara penutup diselangi dengan sedikit sumbangan dari dana PKPBP MBSA yang disampaikan oleh En Omar kepada wakil gemulah Hj Rashid dan gemulah Nazri yang merupakan ahli PKPBP MBSA.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan