Rabu, Oktober 14, 2009

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat

Catatan : AJK Biro Sebaran Am PKPBP

Surau WISMA MAIS Shah Alam


Tarikh : 11 Oktober 2009 (Ahad)

Majlis bermula jam 1.20 pm hingga 2.20 pm. Didahului dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Encik Khairudin dan diikuti oleh Pengerusi PKPBP MBSA Encik Omar. Secara ringkas majlis ini diadakan untuk mendoakan arwah-arwah pesakit ahli persatuan maupun yang masih belum ahli yang telah meninggal dunia baru-baru ini disebabkan masaalah komplekasi buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu sebagai pesakit marilah kita sama-sama menjaga kesihatan agar kita dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.



Majlis diketuai oleh Imam Mohamad Rasa bin Martijo dari Masjid Seksyen 17 Shah Alam dengan bacaan Yassin diikuti bacaan tahlil dan doa selamat untuk sekelian arwah, ahli yang hadir dan kaum muslimin dan muslimat yang lain.


Acara penutup diselangi dengan sedikit sumbangan dari dana PKPBP MBSA yang disampaikan oleh En Omar kepada wakil gemulah Hj Rashid dan gemulah Nazri yang merupakan ahli PKPBP MBSA.

Sekian.

Ahad, Oktober 11, 2009

JEMPUTAN & UNDANGAN AHLI PKPBP MBSA

PERSATUAN KEBAJIKAN PESAKIT BUAH PINGANG
PUSAT DIALISIS LZS (MAIS) CAWANGAN SHAH ALAM SEKSYEN 3
BANGUNAN WISMA MAIS, 40000, SHAH ALAM SELANGOR

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Untuk arwah-arwah :-
Tuan Hj Abdul Rashid bin Abdul Hamid   -  No. Ahli : 6     Syif : 1-3-5 (1)
Tuan Hj Zaini bin Dawi                             - No Ahli : 43  Syif : 1-3-5 (2)
Tuan Hj Mokhtar bin Ladin                      - Bukan Ahli
En Nasry bin Kamis                                 - Bukan Ahli

TARIKH   : 11 Oktober 2009 (Ahad)
MASA      : 01.00 petang
TEMPAT  : Surau Di Tingkat 1 Bangunan MAIS (atas Pusat Dialisis)

Semua dijemput hadir. Semoga kehadiran Y.bhg Dato/Datin/Tuan/Puan akan dapat memberi keberkatan. AMIN ... SEKIAN

                           -------------------------------------------------------------

UNDANGAN MAJLIS JAMUAN HARIRAYA AIDILFITRI PUSAT RAWATAN DIALISIS LZS SHAH ALAM

DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik :

................................................................................
Tarikh    : 11 Oktober 2009
Masa     :  3pm - 5.30pm
Tempat  : Perkarangan Pusat Dialisis Seksyen 3 Shah Alam

Sabtu, September 26, 2009

PUSAT DIALISIS PERTAMA LZS (MAIS)-SEKSYEN 3, SHAH ALAM

Sumber /Penulis : noormala M. Sa'ad dari E-Zakat; Gambar: zool

Shah Alam
Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS berjaya menubuhkan pusat dialisis yang pertama bagi memastikan asnaf zakat yang memerlukan penjagaan rapi terutamanya pengidap penyakit buah pinggang terus terbela.

Pusat dialisis ini merupakan salah satu program pembangunan sosial agihan zakat yang telah beropersai mulai 8hb Januari 2007 menelan belanja hampir RM600 ribu menyediakan lapan buah mesin dialisis yang membolehkan tiga kali rawatan dilakukan sehari dan 48 kali rawatan dalam tempoh sebulan.

Ia disokong oleh kakitangan perubatan yang terlatih di bawah seliaan syarikat Bakti Suci, iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor dan Nefro Utama Sdn Bhd. Jumlah pesakit yang menerima rawatan mencuci buah pinggang di sini sehingga hari ini seramai 22 orang dan akan bertambah sepuluh orang lagi sehingga Mac.

Penubuhan pusat dialisis ini bukan sekadar dapat menjimatkan kos, bahkan mampu menyediakan suasana yang Islamik, kondusif serta mesra kepada para pesakit di mana ia lengkap dengan kemudahan sudut bacaan, ruangan menonton dan surau turut disediakan. Seterusnya ia mampu menjadi model kepada sebuah pengurusan pesakit secara Islam.

LZS (MAIS) juga merancang untuk menubuhkan lapan buah lagi pusat dialisis di seluruh negeri selangor termasuk tiga yang akan beroperasi dalam jangkamasa terdekat ini, iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang. Malah LZS (MAIS) mempunyai perancangan jangka panjang dengan mensasarkan setiap daerah bakal mempunyai sebuah pusat dialisis milik LZS (MAIS) sendiri.

Ahad, September 20, 2009

Kalendar Aktiviti PKPBP Up to Date

Sumber : Jawatankuasa Sebaran Am PKPBP

Berikut adalah kalendar, peristiwa dan aktiviti persatuan PKPBP untuk makluman dan pengetahuan semua :-

  • 24 Jun 2009   Mesyuarat Pertama AJK Penaja PKPBP


    • (Nota : Sehingga 5 Julai 2009 mesyuarat penaja telah diadakan sebaganyak 4 kali untuk membincangkan issu-issu semasa)


  • 5 Jul 2009      Mesyuarat ke 4 AJK Penaja PKPBP


  • 12 Jul 2009    Mesyuarat Penubuhan PKPBP di Carlton Hotel oleh Y.Bhg Dato' Haji Ahmad       Nawawi Bin Dato' Haji Mohd Zin DPMS,AMS, PJK


  • 24 Jul 2009   Bacaan Yassin dan Tahlil di Pusat Dialisis LZS Seksyen 3 Shah Alam untuk bekas mantan Bendahari Persatuan Penaja Allahyarham Mohamad Roslan Haji Aklan dan ahli PKPBP Puan Saniah bte Abdullah


  • 9 Ogos 2009  Mesyuarat Pertama AJK PKPBP


  • 28 Ogos 2009 Pemberian Kurma dan Bubur Lambok kepada setiap ahli dan bukan ahli sempena menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak oleh PKPBP. Sumbangan telah sampaikan pada syif setaip ahli dan syif 1-3-5 disampaikan oleh Saudara Nor Azlan Abu Bakar


  • 6 Sept 2009   Mesyuarat Kedua AJK PKPBP


  • 11 Sept 2009 Hamper dan Sumbangan Kewangan Hari Raya dari PKPBP kepada setiap ahli PKPBP telah disalurkan oleh wakil AJK setiap syif sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430 H.

Oleh itu kami AJK PKPBP MBSA ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Ber Hari Raya MAAF ZAHIR dna BATIN

Yang Ikhlas melaporkan

Isnin, Ogos 10, 2009

Laporan dari Mesyuarat Penubuhan

Sumber : Dari Mesyuarat Penubuhan Persatuan

Alhamdullillah perasmian dan mesyuarat pertama penubuhan PERSATUAN KEBAJIKAN PESAKIT BUAH PINGGANG MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM atau ringkasannya PKPBP MBSA telah selamat diadakan pada 12 Julai 2009 seperti yang dirancangkan. Ribuan dan jutaan terimakasih kepada Y. Bhg Dato’ Hj Ahmad Nawawi bin Hj Dato’ M.Zin DPMS, AMS, PJK kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan penubuhan persatuan PKPBP MBSA.

Tidak lupa juga kepada tetamu kehormat yang lain serta semua ahli-ahli persatuan yang hadir dan menjayakan majlis tersebut,

Antara butiran-butiran persatuan yang baru ditubuhkan adalah seperti berikut :
  •   Alamat Rasmi  : 
    • Lot 2G-13, 2G-16 Bangunan WISMA MAIS, 
    • Jalan RHU 3/9A, Seksyen 3, 
    • Bandaraya Shah Alam 
    • Selangor
  • Ahli Berdaftar   : 40 orang

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PKPBP MBSA 2009




Ahad, Ogos 02, 2009

Arah Tuju Persatuan [ PKPBP ] MBSA

Sumber : dari Artikel Buku Cenderamata Hari Penubuhan Persatuan

Adalah dimaklumkan bahawasanya tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan membantu pesakit-pesakit yang membuat dialisis terutamanya di pusat ini iaitu Pusat Dialisis LZS (MAIS) Cawangan Shah Alam.

Sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pendaftaran Pertubuhan, kita telah pun berjaya mendapat lebih dari dua per tiga (2/3) daripada ahli-ahli yang dirawat di pusat ini untuk mendaftar menjadi ahli bagi menubuhkan sebuah persatuan yang sah.

Alhamdullilah kita telah berjaya atas sokongan ahli-ahli yang berwibawa dan peka dengan tujuan dan objektif kita.

Objektif persatuan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
  1. Memberi bantuan kebajikan pada pesakit-pesakit seperti rawatan hospital, membuat fistula dan sebagainya
  2. Memberi sumbangan khairat kematian
  3. Mencari dana dan sumbangan untuk keraian seperti Hari Raya dan sebagainya
Oleh itu kami berharap benar agar semua ahli faham dengan matlamat kami dan terus memberi sokongan yang padu pada kami untuk menjayakan penubuhan persatuan kita bersama. Insya’Allah.

Ahad, Julai 19, 2009

Belasungkawa Gemulah Roslan Aklan

Sumber : Artikel dari Buku Cenderamata Hari Penubuhan Persatuan

Dimaklumkan pada 25hb. Jun 2009 yang lalu salah seorang ahli PKPBP MBSA merangkap ahli jawatankuasa penaja Saudara Mohammed Roslan bin Hj Aklan telah pulang ke rahmatullah.
Marilah kita beramai-ramai menfidiyahkan roh beliau dengan AL-FATIHAH dengan mengharapkan rahmat dan hidayah daripada Allah ke atas roh beliau.
Pihak persatuan mengucapkan takziah dan dengan ikhlas menyumbangkan sebanyak RM100.00 (Ringgit Seratus Sahaja) kepada isteri beliau yang disampaikan oleh Saudara Pengerusi Saudara Omar Othman.
                   
                                                          ~   Makluman  ~

Asal Usul Persatuan Kebajikan Pesakit Buah Pinggang [PKPBP] Majlis Bandaraya Shah Alam

Sumber : dari Artikel Buku Cendemata Hari Penubuhan Persatuan
Persatuan ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 2009 yang diketuai oleh Saudara Omar Othman dan lain-lain ahli yang bersetuju menjadi ahli jawatankuasa penaja sehingga jawatantankuasa sebenar dapat dilantik oleh ahli-ahli sendiri pada hari mesyuarat penubuhan bertarikh 12hb, Julai 2009 yang akan diadakan di Hotel Carlton, Seksyen 13 Shah Alam.

Sejak penubuhannya persatuan ini, pihak kami telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan dan beberapa perkara telah dapat dipersetujui oleh pihak pengurusan untuk membaiki perkhidmatan dan kebersihan di Pusat Dialisis kita.

Sesungguhanya persatuan ini belum didaftarkan tapi pihak pengurusan begitu positif dan percaya bahawa persatuan kita dapat membantu mereka meningkatkan lagi perkhidmatan dan pengurusan di Pusat Dialisis ini dan menjadikan Pusat Dialisis ini sebagai pusat contoh yang terbaik dimasa akan datang.

Jumaat, Julai 17, 2009

Mesyuarat Penubuhan PKPBP Seksyen 3 MBSA

Sumber : Dari Setiausaha Penaja

Memo/Surat panggilan mesyuarat penubuhan Persatuan Pesakit Buah Pinggan Seksyen 3 telah dikeluarkan kepada semua ahli-ahli berdaftar pada 6hb, Julai 2009 oleh Setiausa Penaja iaitu Sdr Khairudin bin Hj Arifin.

Ringkasan daripada surat tersebut adalah:
  • Tarikh mesyuarat penubuhan :  12 Julai 2009 (Ahad)
  • Tempat : Dewan Hotel Carlton, Seksyen 13 Shah Alam
  • Masa : 2.00 petang.
Aturcara & Agenda Nesyuarat Penubuhan PKPBP Cawangan Shah Alam Seksyen 3
  • 2.00 petang    :  Pendaftaran Ahli-Ahli dan yang Bukan Ahli
  • 2.30 petang    :  Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
        • Bacaan doa oleh Hj Mohd bin Mad Salleh
  • 2.45 petang    :  Ucapan Pengerusi Penaja Sdr Omar Othman AMS, PJK
        • Ucapan Perasmian Y.Bhg Dato’ Hj Ahmad Nawawi bin Hj Dato’ M.Zin DPMS, AMS, PJK
        • Rehat (Jamuan Ringan)
  • 3.30 petang    :  Mesyuarat dimulakan

Selasa, Julai 14, 2009

Ucapan Aluan Pengerusi Penaja PKPBP

Oleh : Pengerusi Penaja PKPBP

Assalamualaikum wbt.

Salam Sejahtera kepada pesakit-pesakit yang dihormati. Pihak kami ingin mengumumkan bahawa kami pihak penaja, telah bermuafakat untuk menubuhkan satu Persatuan Kebajikan Pesakit-Pesakit Buah Pinggang Pusat Dialisis LZS (MAIS) Seksyen 3, Shah Alam.

Tujuan kami menubuhkan persatuan ini adalah untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu untuk dijadikan Tabung Kebajikan kepada semua pesakit-pesakit. Matlamat utama kami sebenarnya adalah untuk membantu pesakit-pesakit yang sangat-sangat memerlukannya.

Selain daripada itu objektif persatuan juga mensasarkan seperti berikut :

  1. Memberi bantuan kebajikan pada pesakit-pesakit seperti rawatan hospital, membuat fistula dan sebagainya.


  2. Memberi sumbangan khairat kematian.
    Sumbangan untuk keraian seperti hari raya dan lain-lain.
Pihak kami bukan sahaja ingin membantu dari segi fizikal dan material tetapi juga mental dan saikologikal jika diperlukan, Insyaalah.

Ingin dimaklumlkan juga di sini bahawa pihak persatuan telah bersetuju untuk menggenakan dan menetapkan yuran pendaftaran sebangyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh) kepada setiap ahli sekali sahaja seumur hidup. Sesiapa yang ingin menderma lebih daripada itu, alhamdullilah pihak persatuan dengan berbesar hati akan menerimanya dan resit akan diberikan juga.

Buat masa ini, ahli-ahli adalah pesakit-pesakit di Pusat Dialisis Seksyen 3, Shah Alam sahaja. Yuran-yuran ini perlu kerana ianya akan membantu AJK-AJK berkenaan menjalankan urusan-urusan dan kerja-kerja pengurusan sebagainya dan juga membuka akaun badan ini.

Borang-borang ahli akan diedarkan kepada anda atau boleh didapati melalui AJK-AJK Penaja yang telah dilantik tidak lama lagi.

Wasallam.

Sekain Terimakasih
CEKAP BERSIH DAN IKHLAS

Yang benar
OMAR OTHMAN

Ahad, Julai 12, 2009

Meja Pengendali Blog

Sumber : Dari Meja Pengendali Blog

Alhamdulilah syukur kepada Ilahi kerana memberi kelapangan dan kekuatan untuk saya sebagai pengendali blog ini untuk memulakan dan Insya Allah mengendalikan blog ini agar informasi dan juga maklumat yang ada dapat disalurkan dan dikongsikan bersama-sama kita semua melalui dunia siber ini.

Sebenarnya kekuatan ini adalah atas kerjasama dan juga dorongan dari kalangan rakan-rakan ahli semua. Saya mengharapkan kekuatan ini dapat dikekalkan seterusnya manfaat ada yang sedikit ini dapat dimanafaatkan bersama oleh semua ahli persatuan sendiri khasnya dan rakan-rakan lain amnya. Oleh itu berbesar hatilah saya untuk mengalu-alukan sebarang makluman, berita, kritikan, cadangan dan lain-lain hal disalurkan ke email ini alamatnya  patientkidneymbsa@gmail.com . Insya Allah sekiranya mana-mana yang bersesuaian dan bermanafaat ianya akan di postingkan untuk makluman dan pengetahuan kita semua.

Akhir sekali harapan saya dengan terterbitnya blog ini segala aktiviti yang dirancang ataupun telah berlalu dapat dicatatkan dan dinukilkan untuk kebaikan kita bersama. Segala iktibar, kebaikan dan teladan yang diperolehi datangnya dari kebesaran dan kekuasan ALLAH dan segala kekurangan adalah dari kekerdilan saya sebagai manusia yang serba kekurangan.

Wala'ualam.